Apabila merancang untuk melancong ke luar negara pada musim sejuk, antara perkara wajib masuk dalam checklist ialah baju musim sejuk. Memandangkan Malaysia bukan negara 4 musim, kebanyakkan pilihan winter clothes di pasaran pun agak terhad. Paling seram bilamana harganya pun agak mahal.
Jujurnya, sebelum ke Italy November tahun lepas, kami pernah survey baju musim sejuk di sebuah kedai keperluan travel terkemuka. Terkejut sangat tengok harga tertera. Selepas diskaun pun harganya minima RM300-400. Ini baju musim sejuk untuk kanak-kanak. Untuk dewasa, cecah ribuan ringgit pun ada.
Mari kami kongsikan tips beli baju musim sejuk bagi memudahkan pencarian anda.
Sewa Pocket WIFI sebelum ke luar negara >>> Booking Pocket WIFI (klik)
Baju Musim Sejuk Berkualiti Pada Harga Mampu Milik di Uniqlo
Di Malaysia, untuk cari baju musim sejuk dengan harga mampu milik dan berkualiti, kami cadangkan butik Uniqlo. Tak perlu pening kepala, sebab semua keperluan musim sejuk di bawah satu bumbung.
Ada banyak pilihan kelengkapan musim sejuk yang menarik, design yang cantik, warna menawan untuk bayi, kanak-kanak sehinggalah untuk dewasa. Paling utama harganya tidak terlalu mencekik.
Tidak terlalu murah, dan tidaklah terlalu mahal. Pasti mampu milik.
Baju winter kanak-kanak ini berharga RM129.90 sahaja. Selesa, dan anak tetap bergaya. Selain baju dan seluar, ada lengging, stokin, sarung tangan, thermal cloth, muffler scraf dan lain-lain.
Walaupun Malaysia panas sepanjang tahun, tapi sebenarnya, Uniqlo di Malaysia sama juga seperti butik Uniqlo di negara lain juga tau. Koleksi pakaian nya bertukar mengikut musim.
Ini antara pilihan untuk si anak dara yang manis. Harga dari RM19.90.
Ini pula pilihan untuk si anak bujang yang bergaya. Harga dari RM19.90 juga.
Jadi, ada juga baju harian yang ohsem dan sesuai dipakai dengan cuaca panas di negara kita ini.
Uniqlo Butik Kegemaran Pelajar Malaysia di Jepun
Kedai pakaian Uniqlo ini berasal dari Jepun. Uniqlo berasal dari perkataan unique dan clothing.
Kali pertama kami jejak kaki ke dalam kedai Uniqlo ialah pada tahun 2001 ketika menyambung pelajaran di negara matahari terbit itu. Para senior yang memperkenalkan kedai Uniqlo ini, yang merupakan kedai baju kegemaran student dari Malaysia.
Mulanya ingat kedai barangan murah tau, sebab harganya pun murah. Seluar harian boleh dapat dalam 900 yen. Seluar kasual dalam 1000 yen-2000 yen. Namun, kualitinya boleh tahan. Ada sesetengah seluar dan baju yang kami bawa pulang ke Malaysia, masih lagi bertahan sehingga 5 tahun sebelum lunyai sepenuhnya. Made in Japan, kan? Faham-faham lah. Hehe..
Kenangan di Florence, Italy. Anak kami pakai sweater dan winter jacket dari Uniqlo pilihannya.
Alhamdulillah, kini misi mencari baju musim sejuk dipermudahkan. Kita tahu kualitinya terbaik, dan harganya pun sangat mesra poket. Jimat masa, tak perlu survey di tempat lain dah.
Kunjungi sahaja butik Uniqlo berhampiran anda, atau beli baju Uniqlo online di sini.
Jika anda suka shopping online, boleh juga lihat koleksi musim sejuk pelbagai jenama terkenal di laman Zalora Online. Kadang-kadang, lebih banyak diskaun jika buat pembelian online.
Semoga tips beli baju musim sejuk ini memberi manfaat kepada para pembaca semua.. 😀
Ehh, kalau para pembaca tahu tempat lain untuk beli baju musim sejuk yang murah dan berkualiti, silakan share di ruangan komen ya. Mudah-mudahan jadi panduan kepada yang memerlukan.
3 Lubuk Rahsia Beli Barang Online Dari Jepun Secara Online Je
Oja Samid says
Kami pun sampai sekarang selesa cari baju sejuk kat UniQlo je. Sebelum nie memang cari di UniQlo SG. Memang tak mengecewakan. 😉
Oja Samid recently posted…Jangan Pandang Remeh Kesan Trauma Kepada Mental Emosi
arniesamsudin says
Itulah, syukur sangat Uniqlo dah masuk Malaysia.. Mahal sangat baju winter kat kedai lain, mampu tengok aje jawabnya, hihi… 😀
arniesamsudin recently posted…Baju Musim Sejuk Berkualiti Pada Harga Mampu Milik di Uniqlo
Encik Spider says
Seronoknya dapat jejak keki ke eropah,.semoga saya juga akan ke eropah suatu hari nanti
Encik Spider recently posted…AFF Suzuki Cup 2016 Match Results
arniesamsudin says
Insya Allah boleh jejakkan kaki ke sana Encik Spider… 😀
arniesamsudin recently posted…Rome Grand Mosque Masjid Terbesar Di Italy dan Seluruh Eropah