Di Malaysia kita biasa dengar tentang Bon Odori, kan?
Sambutan perayaan Bon Odori diadakan setiap tahun biasanya di Kompleks Sukan Negara Shah Alam.
Tarian Bon Odori yang ditarikan merupakan sebagai sebahagian daripada “Festival of the Dead”.
Bon Odori merupakan sambutan perayaan oleh masyarakat Buddha-Jepun, di mana mereka meraikan kepulangan roh orang-orang yang telah meninggal dunia, yang dikatakan pulang menziarahi sanak saudara yang telah ditinggalkan selama beberapa hari dalam setahun.
Apa Itu Awa Odori (阿波おどり)?
Pesta Awa Odori ini lahir daripada tradisi Bon Odori. Perayaan ini dihadiri oleh pelbagai golongan dari seluruh Jepun dan pelancong. Dari amatur yang baru sahaja suka-suka nak menari beberapa hari sebelumnya, sehinggalah kepada veteran yang telah kerap melakukannya sepanjang tahun.
“Awa” (阿波) ialah nama satu tempat lama di Tokushima Prefecture, Jepun.
“Odori” (おどり) pula ialah perkataan bahasa Jepun yang bermaksud tarian.
Jadi, “Awa Odori” (阿波おどり) ialah “Tarian Awa”.
Kumpulan penari dan pemuzik yang dikenali sebagai “ren” akan melalui kawasan yang telah ditetapkan sambil menari dan bermain alat muzik tradisional. Walaupun rentak tarinya nampak mudah, tarian ini nampak meriah dengan pakaian seragam yang bervariasi dan berwarna-warni.
Wanita akan memakai yukata, mankala lelaki akan memakai ‘happi’ (yukata yang pendek bersama seluar pendek). Sama seperti tarian, pakaian juga berbeza ikut kumpulan masing-masing.
Walaupun sesetengah daripada pesta tarian Awa ini dilakukan pada waktu siang, kebanyakkannya diadakan di antara jam 6 petang ke 10:30 malam. Jalan utama ditutup demi laluan tarian ini.
Sejarah Perayaan Awa Odori
Awa Odori diadakan dari 12 hingga 15 Ogos sebagai sebahagian dari sambutan perayaan Obon (Bon Odori) di Tokushima Prefecture, Jepun. Awa Odori merupakan perayaan tarian terbesar dan paling popular di negara matahari terbit, dan menarik sehingga 1.3 juta pelancong setahun.
Tarian yang berasal sejak 400 tahun lepas ini turut dikenali sebagai “Fool’s Dance“.
Nama gelaran “Fool’s Dance” ini diberi kerana maksud lirik lagunya yang membawa maksud:
Fools dance and fools watch,
If both are fools, you might as well dance.
Lirik lagu penuh seperti berikut:
踊る阿呆に | Odoru ahou ni | The dancers are fools |
見る阿呆 | Miru ahou | The watchers are fools |
同じ阿呆なら | Onaji ahou nara | Both are fools alike so |
踊らな損、損 | Odorana son, son | Why not dance? |
Selain daripada itu, ada 3 fakta menarik mengenai Awa Odori ini iaitu:
- Tarian Bon-Odori hanya boleh dilakukan selama 3 hari sahaja.
- Samurai dilarang keras untuk hadir ke pesta tarian ini. Mereka boleh menari di dalam rumah sendiri sahaja, tetapi wajib menutup pagar. Tak boleh bergaduh, atau berkelakuan tak senonoh.
- Tarian Bon-Odori ini tidak boleh dilakukan di mana-mana kuil.
Ketika pemerintahan kerajaan Meiji (1968-1912), perayaan ini dihentikan seketika kerana pedagang Tokushima yang membiayai perayaan ini telah mengalami kejatuhan.
Namun, ia dikembalikan semula ketika di zaman Showa (1926) bilamana pihak berkuasa Tokushima Prefecture menggelarnya “Awa Odori”, sekaligus menjadikannya tarikan utama pelancong.
Awa Odori di Tokyo Imperial Hotel
Kali pertama menyaksikan persembahan Awa Odori ini ialah ketika menghadiri Gala Dinner kumpulan bisnes kami di Tokyo Imperial Hotel, di Jepun. Lihat kemeriahannya dalam video ini.
Haa meriah, kan? Alunan muzik yang rancak, serta gerak tari yang menghiburkan, bikin hati yang gundah gulana terus riang ceria. Tak dinafikan ramai yang teruja untuk turut menari bersama.
Perayaan Awa Odori merupakan salah satu di antara tarikan utama di Jepun, terutama di musim panas. Jika anda merancang nak ke Jepun, mungkin boleh masukkan pesta Awa Odori ini di dalam itinerary juga.
Sewa Pocket WIFI sebelum ke Jepun >>> Booking di sini (klik)
Jangan lupa bawa sekali pocket WiFi dengan data super laju dan menjimatkan.
Nanti boleh terus buat FB Live untuk tatapan sahabat dan kaum keluarga di Malaysia. 😀
Arnie Samsudin
Japan is my second home!