Kemurungan sekejap bila nampak surat cinta (saman MBSA) ini di wiper kereta.
Kalau kita parking setiap hari di kawasan tempat letak kereta yang sama, senang cerita. Boleh beli pas bulanan terus. Tapi, kalau sekali sekala je parking, contohnya singgah 99 Speedmart sebab nak beli barang dapur, malas betul nak gores kupon parking. Apatah lagi jika parking tak sampai 10 minit.
Masalah nya, waktu kita tak gores kupon tue lah kebetulan staff MBSA (jika di Shah Alam) sedang buat pemeriksaan kupon tempat letak kereta. Terus dapat saman MBSA percuma. Bukan salah staff MBSA pun sebab memang tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk bayar tempat letak kereta yang digunakan.
Namun, ada 2 cabaran mengapa kebanyakkan pengguna parking tidak membayar parking kereta. Pertama, tidak mempunyai kupon kereta. Kedua, kalau adapun, tak cukup rajin nak gores kupon parking.
Apps Bayar Parking MBSA dan di Selangor
Untuk anda yang tak cukup rajin nak gores kupon parking seperti saya, marilah kita beralih kepada apps parking. Install aje dalam smartphone, mudah. Mesra alam sekitar juga.
Di Selangor, ada 2 apps parking yang boleh digunakan: Smart Selangor Parking dan Flexi Parking.
PBT (council) di dalam Apps Smart Selangor Parking:
- Majlis Bandaraya Shah Alam
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya
- Majlis Perbandaran Kajang
- Majlis Perbandaran Selayang
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya
- Majlis Perbandaran Sepang
PBT (council) di dalam Apps Flexi Parking Selangor:
- Majlis Bandaraya Shah Alam
- Majlis Perbandaran Kajang
- Majlis Perbandaran Selayang
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya
- Majlis Perbandaran Sepang
Mana-mana apps parking pun ok. Saya guna apps Smart Selangor Parking kerana ada tambahan 1 council di dalamnya (Majlis Bandaraya Petaling Jaya), yang tiada di dalam apps Flexi Parking.
Cara Guna Smart Selangor Parking
Mudah aje nak install dan guna apps Smart Selangor Parking ini.
(1) Install Smart Selangor Parking (atau, Flexi Parking) dari App Store/ Google Play.
(2) Create ID untuk pengguna parking kali pertama.
(3) Reload credit. Minima RM10.
(4) Daftar nombor kenderaan. Maksimum boleh isi 6 nombor plat kereta.
(5) Ready untuk guna Smart Selangor Parking.
- Parkir kereta. Pilih council yang berkenaan. Contohnya, MBSA.
- Klik pada nombor plat kereta yang sedang digunakan.
- Confirm kan lokasi tempat letak kereta. Klik “Submit”.
- Notis bayaran parking berjaya. Klik “OK”.
Beberapa minit sebelum tempoh parking tamat, kita akan terima notifikasi daripada Smart Selangor Parking. Jadi, tiada masalah terlupa nak tambah tempoh masa parking.
Kelebihan Guna Apps Smart Selangor Parking
Banyak sangat kelebihan guna apps Smart Selangor Parking berbanding guna kupon parking manual.
Ini 5 sebab utama yang saya boleh senaraikan:
- Login ID dan password untuk apps Smart Selangor Parking boleh juga digunapakai di apps Flexi Parking. Jumlah baki kredit (prepaid credit) yang di reload di dalam kedua-dua apps parking juga sama. Jadi, boleh tukar-tukar antara 2 apps parking ini bila-bila masa je.
- Prepaid credit di dalam apps Smart Selangor Parking boleh digunakan untuk kesemua 6 council di Selangor. Tak perlu tambah kredit berasingan. Baki kredit yang sama untuk kegunaan semua.
- Boleh scan & bayar compound. Senang nak bayar saman parking MBSA.
- Mudah nak install dan digunakan. Kalau ter-delete apps, boleh re-install. Data tak hilang.
- Mesra alam sekitar. Paperless.
Dalam kelima-lima sebab ini, kelebihan nombor 2 yang paling saya suka. Jika sebelum ini, jenuh nak kena beli kupon parking mengikut PBT tempat kita letak kereta tue. Sekarang tak perlu lagi.
Satu apps parking untuk 6 lokasi PBT di Selangor. Mudah sangat.
Namun, saya harap Kerajaan Selangor boleh tambahkan lagi PBT lain ke dalam apps Smart Selangor Parking seperti Majlis Daerah Klang, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan lain-lain.
Bagi anda yang ingin bercuti di Shah Alam, jika nak cari hotel boleh survey harga murah di laman Agoda. Tentang parking pula, install aje apps Smart Selangor Parking dalam smartphone. Settle!