Kebiasaannya ibu bapa pasti akan menabung untuk anak-anak sejak dari mereka kecil, kan?
Banyak kelebihan menyimpan wang demi masa depan anak-anak, terutama untuk tujuan pendidikan, kesihatan dan di waktu kecemasan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Kami pun sama, tak lepaskan peluang menabung untuk anak-anak. Biasanya, kami terus buka akaun Tabung Haji dan sign up takaful (insurans) sewaktu mereka masih baby lagi. Bila akaun Tabung Haji dah cukup RM1,300 pula, kami cepat-cepat daftarkan Haji. Lama juga tahun giliran mereka.
Menyimpan di SSPN-i
Tak pernah terfikir nak buka akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) nie, walaupun tahu simpanan ini untuk tabung pendidikan tinggi. Kononnya nak invest tabungan dengan cara lain.
Sebelum terlupa, sekarang SSPN dah jadi SSPN-i, tau. Jadi jangan risau, ianya patuh syariah.
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
Namun, ketika belanjawan 2018, bila diumumkan ada tambahan simpanan RM500 untuk penyimpan SSPN-i, kami tergerak hati untuk buka akaun SSPN-i.
Pun begitu, lambat jugalah ‘hidayah’ nie sampai. Dah nak hujung tahun 2018 baru kami nak buka.
Rupa-rupanya ada 2 jenis akaun SSPN-i. Satu akaun SSPN-i, satu lagi akaun SSPN-i Plus.
Jadi, apa pula beza SSPN-i dan SSPN-i Plus? Mana satu yang lebih baik nie?
Beza SSPN-i dan SSPN-i Plus
Asasnya, simpanan di kedua-dua akaun SSPN-i pun patuh syariah dan melayakkan ibu bapa untuk deduct income tax. Bagi yang ada ramai anak, pandai-pandai lah bahagikan di bawah nama suami dan isteri, supaya masing-masing pun boleh dapat pelepasan tafsiran cukai.
SSPN-i seperti tabungan biasa, di mana kita bebas nak simpan berapa ringgit pun setiap bulan. Kalau tak simpan pun tak apa. Tiada komitmen bulanan. Buka akaun SSPN-i di sini.
SSPN-i Plus pula seperti simpanan secara tetap, beserta manfaat takaful. Ada beberapa pakej yang disediakan, dan pendeposit wajib masukkan wang setiap bulan. Ada komitmen bulanan.
Nilai simpanan dan sumbangan takaful berbeza untuk setiap pakej. Pakej SSPN-i Plus:
- Pakej Intan – Komitmen bulanan RM30; Manfaat takaful RM40,000.
- Pakej Delima – Komitmen bulanan RM50; Manfaat takaful RM40,000.
- Pakej Topas – Komitmen bulanan RM100; Manfaat takaful RM40,000.
- Pakej Zamrud – Komitmen bulanan RM200; Manfaat takaful RM80,000.
- Pakej Nilam – Komitmen bulanan RM300; Manfaat takaful RM120,000.
- Pakej Berlian – Komitmen bulanan RM500; Manfaat takaful RM1,000,000.
Dimaklumkan bagi tujuan pembukaan akaun, pendeposit perlu membuat 2 bulan deposit mengikut pakej dan perlu mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit.
Syarat wajib mengisi Borang Potongan Gaji /Auto Debit ini dikecualikan kepada pendeposit yang membuat bayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.
Boleh baca lanjut, dan buka akaun SSPN-i Plus di sini.
Mana Lebih Baik, Akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus?
Pada saya, dua-dua akaun pun ok, dan ada kelebihan masing-masing. Terpulang kepada bajet bulanan anda, dan apa kelebihan simpanan yang anda inginkan untuk anak-anak?
Kami pilih buka akaun SSPN-i sahaja sebab anak-anak dah ada Takaful masing-masing. Komitmen bulanan nak bayar Takaful pun boleh tahan. Jadi, tak mahu tambah pening. Hehe…
Peluang terakhir rebut Insentif Geran Sepadan RM500 Percuma
Apapun pilihan anda, marilah kita menabung dan rebut peluang dapat simpanan RM500 percuma tue! 😉
Arnie
Jom kita menabung!