Pulau Pangkor merupakan tempat pelancongan yang terkenal di negeri Perak. Bagi warga Lembah Klang yang ingin bercuti di pulau peranginan, maka Pulau Pangkor lah tempat yang paling dekat.
Nak pergi balik pada hari yang sama pun boleh. Pangkor juga destinasi kegemaran si kaki pancing tau.
Ikuti pengalaman kami bercuti di Anjungan Beach Resort & Spa Hotel ketika bermalam di Pulau Pangkor.
Bagaimana Cara Ke Pulau Pangkor
Perjalanan dari Kuala Lumpur biasanya mengambil masa lebih kurang 3 jam. Tapi, bukan terus sampai ke Pulau Pangkor. Anda perlu letak kenderaan di kawasan parkir kereta di Marina Jetty Complex dahulu. Parkir berbayar. Ada pilihan untuk parkir biasa, ataupun valet parking.
Selesai bayar tiket parkir, terus masuk ke kaunter tiket feri di dalam Marina Jetty Complex untuk beli tiket feri. Boleh lihat jadual perjalanan feri di ruang menunggu. Jadual warna biru, pada tiang merah tue.
Untuk makluman, kadar tambang tiket feri dua hala Jeti Marina-Pulau Pangkor ialah:
- Dewasa : RM10
- Kanak-kanak (4 – 11 tahun): RM5
Kemudian, tunggu sahajalah ketibaan feri. Simpan tiket feri tersebut baik-baik. Kalau terhilangkan tiket, terpaksalah beli tiket baru semasa nak pulang dari Pangkor-Jeti Marina nanti.
Masa perjalanan feri dari Jeti Marina ke Pulau Pangkor hanyalah 10 minit. Jika naik feri dari Lumut, ambil masa 40 minit tau. Jadi, boleh jimat banyak masa jika naik feri ke Pangkor dari Jeti Marina.
Kenapa Pilih Anjungan Beach Resort & Spa?
Sampai sahaja ke Pulau Pangkor, ada banyak kereta sewa yang menanti anda di luar jeti. Jadi, tak perlu risau tentang pengangkutan di sana. Kalau lapar, nak makan terus pun boleh. Ada banyak kedai makan di sekitar jeti Pulau Pangkor. Jalan kaki pun sampai.
Untuk tempat penginapan, kami pilih Anjungan Beach Resort & Spa Pangkor. Sebenarnya, ini kali pertama kami ke Pangkor. Jadi, memang tak tahu nak pilih hotel yang cantik, murah tapi selesa di Pangkor. Kalau boleh, nak hotel yang dekat dengan pantai juga.
Memandangkan keluarga kami agak besar, 6 orang semuanya, kami mencari hotel yang menawarkan dua buah katil besar dalam satu bilik. Wah, banyak betul faktor yang perlu dipertimbangkan.
Akhirnya, selepas membaca review dari pengunjung Pangkor, kami pilih Anjungan Beach Resort. Buat tempahan hotel secara online. Harga bilik untuk 2 hari 1 malam termasuk sarapan pagi.
Boleh survey hotel murah di Pangkor, dan buat perbandingan harga hotel di website Agoda.
Review Anjungan Beach Resort & Spa
Sejujurnya, sebelum sampai di Anjungan Beach Resort & Spa ini, kami tak letak expectation yang tinggi. Takut kecewa apabila sampai di sana. Lagipun, rata-rata hotel di Pulau Pangkor mempunyai rating 2-3 bintang sahaja. Yang penting, ada tempat tidur malam yang selesa untuk anak-anak.
Bila sampai sahaja, terkejut jugalah tengok pemandangan sekitar Anjungan Beach Resort. Cantik sangat!
Kolam renang nya terbahagi kepada 3 bahagian, untuk kanak-kanak, dewasa, dan jakuzi. Anak-anak apa lagi, tak sabar-sabar nak lompat masuk swimming pool. Dah masuk, tak mahu keluar pula tue.
Bilik kami terletak di ground floor, di bangunan kiri dalam gambar di bawah. Kemudahan dalam bilik agak simple, tapi lengkap dengan keperluan asas. Ada 2 katil Queen, TV, mini peti sejuk, serta bilik air yang lengkap dengan hot shower. Tiada karpet.
Cuma, satu perkara sahaja yang kami rasa kurang selesa…
Ada lalat di dalam bilik. Ini mungkin disebabkan faktor kedudukan Anjungan Beach Resort yang sangat dekat dengan pantai. Lagipun, kami dapat bilik di tingkat bawah. Eh, ada kaitan ke? Hehe..
Sarapan pagi juga tak banyak pilihan. Tapi, ok lah daripada tiada makanan langsung.
Anjungan Beach Resort dan Pantai Teluk Nipah
Yang seronoknya tentang lokasi Anjungan Beach Resort ini ialah, terdapat banyak deretan kedai souvenir, dan kedai makan di kawasan luar resort. Tak perlu risau kelaparan.
Pantai Teluk Nipah juga hanyalah walking distance dari bilik kami. Dalam 5 minit dah sampai.
Kiranya, keluar sahaja dari kawasan Anjungan Beach Resort, menyeberang jalan, lalu di celah-celah kedai makan, dan dah boleh terus pijak pasir dan nampak air laut. Dekat sangat-sangat.
Air laut di pantai Teluk Nipah sangat jernih dan cantik. Pengalaman yang paling tidak boleh di lupakan ialah apabila ada banyak anak ikan yang berenang di sekeliling kami. Dapat juga tangkap 2 ekor, macam dalam baldi hijau nie. Ehh, kami lepaskan semula tau. Tangkap suka-suka untuk hiburkan anak-anak sahaja.
Untuk makan malam, pilih sahajalah mana-mana gerai makanan yang berkenan di hati.
Tapi maaf, yang ini kami tiada tips. Sebabnya, kami pun tersilap langkah, salah pilih kedai makan. Harga mahal, tapi rasa masakan tak setanding langsung dengan harga yang di bayar… 😛
Seronoknya Bercuti di Anjungan Beach Resort
Ya, memang seronok sangat! Dapat mandi laut, dan boleh sambung mandi di dalam swimming pool juga.
Kemudahan asas yang diperlukan, semuanya dalam walking distance. Tak perlu nak cari kereta sewa.
Kami sangat recommend Anjungan Beach Resort ini kepada anda yang ingin bercuti di Pulau Pangkor. Terutama sekali, bagi anda yang punyai keluarga yang besar macam kami. Hehe..
Owh ya, bila kembali ke Marina Island nanti, bolehlah sambung percutian sambil memancing di Rockbund Fishing Chalet punya. Destinasi wajib singgah bagi semua pemancing tegar… 😀
Mommy Blogger,
Arnie Samsudin
Mujur suami bukan kaki pancing, kalau tak jenuh nak melayan teman dia memancing.
Noriza Rahman recently posted…Bagaimana Cara untuk Kurangkan Visceral Fat
Kita layan baca novel laa time diorang memancing tue, best & jimat data… hehe.. 😉
arniesamsudin recently posted…Anjungan Beach Resort & Spa Hotel Menarik di Pulau Pangkor