Selama ini ramai ingat geran kereta asal hanya boleh ambil dari bank tempat kita buat pinjaman kereta, kan? Malah, ada yang ingat geran kereta hanya boleh diambil setelah pinjaman kereta langsai sepenuhnya. Bagaimana cara nak ambil geran kereta, jika geran kereta bank pegang?
Sekiranya bank asal tempat kita buat pinjaman kereta tue dekat dengan rumah, tiada masalah. Namun, kalau kita dah berhijrah ke tempat yang jauh, contohnya buat loan kereta dengan bank di Kuala Lumpur, tapi kita dah pindah ke utara, lecehnya nak travel ke KL semata-mata nak ambil geran kereta.
Lebih mencabar kalau kita tak ingat pun buat loan dengan bank cawangan mana. Phewww…
Cara Ambil Geran Kereta di JPJ
Jangan risau. Sekarang ini kita dah boleh ambil geran kereta dengan mudah, secara terus di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) aje. Tak perlu susah payah pergi ke bank.
Walaupun pinjaman kenderaan kita masih berbaki dengan bank (loan kereta belum habis bayar), owner tetap boleh ambil geran di JPJ. Mudah aje.
- Owner pergi ke mana-mana cawangan JPJ terdekat. Lebih baik pergi awal pagi sebab di musim Covid-19 ini, perlu patuhi social distancing. Jadi, kena beratur mengikut SOP.
- Bawa IC. Lebih baik bawa sekali salinan IC. Tapi kalau tak sempat fotostet, boleh buat di sana. Ini untuk JPJ Padang Jawa lah. Tempat lain mungkin tiada khidmat fotostet, so ready kan lah siap-siap.
- Isi borang. Borang akan diberikan oleh officer bertugas ketika anda sedang beratur.
- Ambil nombor giliran. Hanya dibenarkan masuk group by group. Jadi, selepas ambil nombor, duduk tunggu giliran di kerusi yang tidak bertanda X.
- Bayar RM50. Di kaunter nanti, serahkan IC & borang yang telah diisi lengkap. Selepas beberapa proses verifikasi dan buat bayaran RM50, geran kereta siap sedia untuk di bawa pulang!
Baca lanjut Pengeluaran Salinan Perakuan Pendaftaran.
Oh ya, jika geran kereta hilang pun boleh guna cara ini untuk dapatkan salinan geran kereta.
Urusan JPJ di Musim PKP Covid-19
Walaupun ada social distancing dan nampak macam orang beratur panjang di luar & dalam bangunan, tapi segala urusan sangat pantas. Kami tiba jam 10 pagi, dan semua urusan selesai dalam jam 11 pagi. Lebih kurang 1 jam sahaja. Urusan sangat lancar dan cepat. Kebetulan parking pun ada kosong.
Jangan lupa pakai face mask, dan scan guna apps MySejahtera.
Dah beberapa kali berurusan di sini, urusan ambil geran kereta serta urusan pertukaran hak milik kenderaan, jujur cakap servis yang diterima amat memuaskan. Baik musim PKP atau tidak, Pegawai JPJ di Padang Jawa sangat efisyen. Thumbs up untuk servis mereka!
Oh ya, jika perlu, boleh juga kemaskini alamat terkini di kaunter. Walaupun anda dah update alamat terkini di kad pengenalan, ia takkan automatik update alamat di dalam data JPJ. Jadi bila anda renew lesen nanti akan keluar alamat lama. Alang-alang dah sampai JPJ kan, baik terus update alamat. Bukan datang selalu.
Dah dapat geran kereta nanti, simpan baik-baik tau. Semoga info ini bermanfaat.