Para pengguna Maybank2U sekalian, dah aktifkan secure2u dalam MAE tak?
Tahukah anda, mulai 1 Julai 2023, hanya Secure2u pada aplikasi MAE (by Maybank2u) yang akan menjadi satu-satunya kaedah untuk meluluskan transaksi di laman web Maybank2U, aplikasi M2U/MAE dan juga kad debit/ kredit Maybank (untuk urus niaga kad di dalam talian)?

Secure2u pada aplikasi M2U tidak boleh lagi digunakan untuk meluluskan sebarang transaksi.
Kita dah berada di peghunjung bulan Jun nie, jadi tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk anda install aplikasi MAE, sekaligus mengaktifkan Secure2U dalam aplikasi MAE.
Cara-cara Aktifkan Secure2U Pada Aplikasi MAE
Mari kami kongsikan langkah-langkahnya…

- Download aplikasi MAE di Apple App Store/ Google Play Store atau Huawei AppGallery
- Klik aplikasi MAE.
- Klik “Secure2u” di ‘Quick Actions’.
- Sahkan nombor handphone anda.
- Masukkan One Time Password (nombor OTP) yang diterima melalui SMS.
- Masukkan nombor IC anda (atau pilihan identifikasi yang lain).
- Sahkan nama peranti (device) anda. Siap!
Dah baca tentang Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online di Maybank2u?
Tempoh Pengaktifan Secure2u 12 Jam
Tempoh pengaktifan, minima 12 jam, akan bermula apabila anda aktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama, atau pada peranti lain. Tujuannya untuk mengelakkan sebarang transaksi yang tidak sah.

Secure2u hanya boleh digunakan untuk meluluskan sebarang transaksi Maybank selepas tempoh pengaktifan. Lama tue 12 jam. Jadi, cepat aktifkan secure2u sekarang… 😀