Kali pertama nak cuba Zus Coffee dulu ada jugalah sedikit skeptikal. Yelah macam-macam jenama kopi tumbuh macam cendawan – yang popular, yang hipster mahupun kopi jalanan.
Namun, sebab yang memperkenalkan (pengaruh besar, ok 😂 ) untuk minum Zus Coffee nie ialah my other half, so kita cuba juga lah. Si dia memang jenis suka mencuba.
Sekarang, bila ingat kembali, nak tergelak pun ada. Dulu jual mahal, konon tak mahu terjebak dengan kopi mahal. Now, kita lagi advance dari si dia. Setakat tips & trick untuk dapat minum Zus Coffee dengan harga diskaun tue, ada dalam poket nie je. Siap boleh belanja anak-anak seorang satu Zus Frappe percuma.
5 Sebab Zus Coffee Kopi Premium Kegemaran Ramai
(1) Harga Zus Coffee Setanding Kualiti & Rasa
Jika anda pernah minum kopi Starbuck, Coffee Bean, San Francisco dan jenama kopi terkenal lain, pasti anda akan rasa yang kopi Zus ini jauh lebih murah. Jangan salah faham, di sini kita bukan nak bandingkan biji kopi yang mereka gunakan. Cuma cakap tentang harga.
Americano tue of course lah murah, tapi Cafe Latte nya pun tak sampai RM10.
Hot Roasted Hazelnut Latte favourite kami nie, 16oz @ RM10.90.
Bagi saya yang memang berkira-kira untuk spend duit demi secawan kopi premium, Zus Coffee nie kira acceptable lah. Boleh nikmati kopi premium, rasa eksklusif, dengan harga mampu milik.
(2) Boleh Order Zus Coffee Guna Apps
Yes! Ini point paling penting! Bagi orang yang malas beratur panjang atau menunggu lama, dan lebih gemar order barang melalui apps macam saya, sesuai sangatlah beli Zus Coffee nie.
Sebelum keluar rumah, atau masuk je dalam kereta, klik-klik dulu kat Zus Coffee apps. Lepas tue pergi collect di branch pilihan. Panas terik tengah hari nie, sedapnya ZusCoffee Frappe on-the-go!
Bagi yang naik LRT ke KL Sentral contohnya, bila sampai somewhere near stesen Kerinchi atau Abdullah Hukum dah boleh start submit order kopi kegemaran. Turun je KL Sentral, singgah Zus Coffee NU Sentral, collect coffee dan terus ke ofis. Settle! Jimat masa dan tenaga.
(3) Banyak Voucher Diskaun, Promosi & Hadiah Percuma
Ini sebahagian daripada voucher dan promosi yang sentiasa on going:
- Kali pertama install Zus Coffee apps, sign up first time user terus dapat Buy 1 Free 1.
- ZUSday, Buy 3 Free 1, setiap hari Selasa. Guna voucher code: ZUSB3F1
- Birthday vouchers, setiap kali birthday. Last year, free drinks. This year, B1F1 cake.
- Untuk Zus Elite, ada tambahan Birthday vouchers. Free Hot Meal.
- Missions and Rewards. Kumpul points, boleh pilih reward yang kita suka.
- 1x Complimentary Drink setiap kali cukup syarat belian. Kopi percuma!
- Random promo & Free Gift by ZusCoffee. Contohnya, beli Zus Frappe @ RM6.60
Ini antara contoh voucher dari ZusCoffee dalam “Voucher Wallet” saya sekarang:
Ada banyak lagi voucher untuk apps member. Boleh install ZUS apps dan explore sendiri tau.
Referral code: ARNWIUM
https://zuscoffee.page.link/referralprogram (klik dari mobile phone)
(4) Mesra Diet Keto (Keto friendly)
Pengamal diet keto mesti suka. Gabungan americano dan butter sahaja. Tiada susu, tiada gula, jadi tiada karbohidrat. Sesuai untuk anda yang sedang mengamalkan diet keto ataupun lazy keto.
Tentang jenis butter yang digunakan, anda boleh tanya terus di Zus Cofee branch yang anda lawati.
Untuk yang amalkan Lazy Keto, alah dengan susu, mahupun Lactose Intolerance, boleh tukar fresh milk dengan Almond Milk. Ada juga pilihan untuk tukar susu segar dengan oats atau susu soya.
(5) Limited Edition Merchandise
Berita baik buat collector. Anda boleh beli Zus Coffee limited edition merchandise juga.
Yang terbaru nie ada ZUS x STTOKE. Ada 2 size dan 2 warna yang elegance:
- ZUS x STTOKE The Classic 360ml (12oz) Magnetic Blue: https://shope.ee/503vq3Qie0
- ZUS x STTOKE The Classic 480ml (16oz) Magnetic Blue: https://shope.ee/1VU3fUyji4
- ZUS x STTOKE The Classic 360ml (12oz) Luxe Black: https://shope.ee/503vqUTDZQ
- ZUS x STTOKE The Classic 360ml (12oz) Luxe Black: https://shope.ee/99tUoGavUx
Boleh beli direct dari web Zus, atau ZUS Coffee Shopee Mall. Saya lebih suka beli dari Shopee sebab senang nak monitor delivery status, free postage, dan boleh redeem Shopee points dan vouchers.
Zus Coffee First Time User
Dah cukup konfiden untuk mula order kopi Zus pertama?
Eh, jangan risau jika anda tak minum kopi. Ada banyak je pilihan non-coffee drinks seperti teh, teh hijau (Matcha Tea), minuman coklat, kek dan makanan panas juga. Burnt cheese cake dia sedap!
Apapun, jika ini kali pertama anda nak cuba order Zus Coffee, saya nak belanja anda kod ini supaya anda boleh dapat voucher diskaun istimewa bila sign up sebagai first time ZUS apps user.
Referral code: ARNWIUM
https://zuscoffee.page.link/referralprogram (klik dari mobile phone)
Jangan lupa selfie dengan kopi Zus pertama anda. Lepas tue, bolehlah anda kongsikan pengalaman dengan Zus Coffee kepada kawan-kawan lain pula, sekaligus on the way to more free coffee. Yeay!
p/s: Ini bukan paid review tau. Saje nak share tips minum kopi premium pada harga murah 😉