Di antara cenderahati yang gemar dibawa pulang oleh mereka yang melancong ke Jepun ialah coklat KitKat. Maklumlah di negara Jepun terdapat pelbagai jenis perisa KitKat yang unik dan jarang dijumpai di tempat lain. Contohnya, KitKat Japanese Green Tea, KitKat Strawberry dan KitKat Tokyo Banana.
Have a break, have a KitKat.. Siapalah yang tak suka KitKat, kan? Apatah lagi Japan KitKat.
Menulis ‘KitKat’ sahaja pun dah terbayang keenakkan rasa dan kerangupan coklatnya.
26 Jenis KitKat di Jepun Tidak Halal
Namun pada pagi 7 Disember 2018 ini, laman FaceBook Halal Japan melaporkan bahawa terdapat 26 jenis coklat Nestle KitKat Japan yang diragui status Halal nya kerana mengandungi bahan yang Haram.
Berikut ialah petikan daripada laman FaceBook Halal Japan:
After e-mail and call Nestle Japan regarding KitKat product, they informed that KitKat which contains shortening is not safe for muslim (cow & pig based ingredient). Other KitKat which not contains shortening were mixed together during production line. Conclusion is Nestle KitKat Japan products are not safe for muslim. -Halal Japan, Dec 17th 2018
Selepas menghantar e-mail dan menghubungi Nestle Japan berkenaan produk Kitkat, mereka memberitahu bahawa Kitkat mengandungi shortening (berasaskan lembu & khinzir) yang tidak boleh di ambil oleh Muslim. Terdapat Kitkat yang tidak mengandungi shortening, tetapi telah bercampur aduk di dalam production line.
Kesimpulannya, Nestle KitKat Japan tidak selamat diambil oleh Muslim (Non Halal).
Ini pula 26 jenis Nestle KitKat Jepun yang diragui status Halal nya (non Halal):
Close up jenis-jenis Nestle KitKat Jepun non-Halal yang dimaksudkan:
- KitKat Mini 45 Years Serial Code Iri,
- KitKat Mini Otona no Amasa 45 Years Serial Code iri,
- KitKat Mini Choc,
- KitKat Mini Otona no Amasa,
- KitKat Mini Matcha no Chikara
- KitKat Mini Otona no Amasa Koi Matcha.
7. KitKat Mini Tamaruya Honten Wasabi,
8. KitKat Mini Azuki Sando,
9. KitKat Mini Satsumaimo,
10. KitKat Mini Matcha,
11. KitKat Mini Amaou Berry,
12. KitKat Mini Houjicha.
13. KitKat Mainichi no,
14. KitKat Mini Mainichi no Strawberry Cheese Cake,
15. KitKat Mini Otona no Amasa,
16. KitKat Mini Otona no Amasa Premium Mint,
17. KitKat Mini Otona no Amasa Matcha,
18. KitKat Mini Strawberry Cheese Cake Aji Fujisan Pack.
19. KitKat Mini Ringo,
20. KitKat Mini Strawberry Cheese Cake,
21. KitKat Mini Rum Raisin (confirm Non Halal),
22. KitKat Mini Momiji Aji,
23. KitKat Assorted Nishi Nihon 2018 ver,
24. KitKat Assorted Higashi Nihon 2018 ver.
25. KitKat Mini Japan Sake.
26. KitKat Mini Ume Sake.
Kedua-dua KitKat Nihonsake dan Umesake sememangnya tidak Halal dimakan oleh Muslim kerana kedua-duanya perisa arak Jepun. “Sake” ialah arak di dalam bahasa Jepun (Japan Sake = arak Jepun).
Peminat Cafe Latte? Baca 5 Sebab Zus Coffee Pilihan Ramai Penggemar Kopi di Malaysia
Status Halal Coklat KitKat Jepun 2018
Sekarang kita dah tahu tentang status Halal coklat Nestle KitKat Jepun (setakat tarikh 7 Dec 2018 ini), marilah kita elakkan yang syubhah dan Haram. Mencari yang Halal itu adalah fardhu (wajib), kan.
Walaubagaimanapun, status Halal coklat KitKat yang diragui ini hanyalah untuk coklat KitKat Jepun, dan untuk pasaran Jepun aje tau. Untuk coklat KitKat di negara lain, periksalah logo Halal pada packaging KitKat tersebut. Jangan pukul sama rata, tau.
Ada banyak lagi coklat Halal di Jepun selain daripada KitKat Jepun, yang anda boleh bawa pulang ke Malaysia. Di antara favourite rakyat Malaysia ialah biskut coklat kapal. Selamat melancong ke Jepun!
Eh sebelum berangkat ke Jepun tue, dah ada pocket WiFi ke belum? 😉
Arnie,
Japan is my second home.