Masa travel ke Johor Bahru baru-baru ini, bila google makan sedap di Johor Bahru, kebanyakkan hasil carian mencadangkan restoran Ejohng Concept. Malah, ada beberapa blog menyenaraikan Ejohng Concept sebagai tempat makan sedap nombor satu di JB.
Pada mulanya tak rancang nak ke sini. Sebabnya, tak sempat nak google habis tentang restoran Ejohng Concept nie. Kalau tengok dari namanya, musykil jugalah. Restoran halal ke tidak nie? Kami pun hanya 1 malam sahaja stay di Pulai Springs Resort, tak sempat nak study habis.
Kebetulan malam tersebut, ada janjitemu makan-makan dengan sahabat yang duduk di Kulai. Kami minta mereka recommend tempat makan best di JB. Mereka cadangkan Ejohng Concept.
Wah, kebetulan sungguh! Kalau dah jodoh, tak ke mana gitu. Hihi… 😛
Western Food Sedap di Ejohng Concept Skudai Johor Bahru
Kami sampai di restoran dalam jam 9:30 malam. Kawan yang terlebih dahulu sampai kata perlu tunggu lama untuk dapat meja yang kosong. Wow, tak sangka malam weekdays pun restoran ini penuh.
Sebab sampai dah agak lambat, dan perut dah berkeroncong, tak sempat nak tengok menu betul-betul sangat. Terus order 2 set promo Fried Rice with Chicken Chop untuk kami berdua.
Dan, 3 set Crispy Chicken Chop with Fries untuk anak-anak.
Kawan kami pula order Lamb Chop with Black Pepper.
Dan, Chicken Meatloaf Pizza. Gebu betul pizza nya. Ini sepotong aje tau.
Untuk set yang kami order tue, sebab sedang promosi, dapat air percuma.
Yang lagi best di Ejohng Concept, air sirap ais dan air teh o ais limau, diberikan secara percuma. Tak pastilah jika menu minuman percuma yang sama disediakan setiap malam.
Teh o ais limau tue sedap tau, sebab mereka guna limau nipis. Superb!
Makanan Dah Sedap, Better Service Please
Ok, sebenarnya kawan kami turut order Lasagna untuk anaknya. Namun, dah lebih pukul 10 malam pun masih belum nampak bayang pizza nya. Bila panggil staf restoran, rupa-rupanya tak mula buat pun lagi.
Chef di dapur lupa buat agaknya. Sebab, order Lasagna tue dah masuk dalam bil pun. Yang ini tak jadi masalah. Bila kami cancel order Lasagna, mereka revise bil.
Yang rasa terkilannya, kerana melibatkan jiwa anak kecil, kan. Muram sahaja muka anak kecil itu. Kalau kita dewasa nie, tak kisah sangatlah. Makan aje apa yang ada asal kenyang.
Semoga staf restoran Ejohng Concept boleh improve servis dengan lebih baik di masa hadapan.
Ejohng Concept
45, Jalan Pulai Perdana 11, Taman Sri Pulai Perdana, 81300 Skudai, Johor.
+607-520 2457
Secara keseluruhan, Ejohng Concept punyai kedai yang cantik, suasana restoran pun selesa untuk makan ramai-ramai bersama keluarga, makanan sedap, dan harga berpatutan. Improve service ajelah.
Nak cari lokasinya pun tak susah, set sahaja di aplikasi Waze. Confirm jumpa punyalah! 😉
Arnie Samsudin
Suka travel, suka makan, review dengan jujur.
21 Mac 2017 @ Ejohng Concept, Skudai.