Jika dahulu kena beratur panjang di pejabat Tabung Haji semata-mata untuk semak baki akaun, masukkan duit ataupun buat pengeluaran duit, sekarang tidak perlu lagi.
Seiring dengan kemajuan teknologi, kita boleh buat transaksi akaun Tabung Haji secara online juga tau. Tapi, bukan dari laman sesawang Tabung Haji sendiri. Sebaliknya, melalui website Maybank2u.
Cara nak hubungkan akaun Tabung Haji ke akaun Maybank2u kita mudah aje. Ikuti langkah berikut.
Cara Link Akaun Tabung Haji Ke Maybank2u
Sebelum mula melayari akaun Tabung Haji secara online di Maybank2u, anda wajib hubungkan dahulu akaun Tabung Haji anda dengan akaun Maybank2u anda di mana-mana mesin ATM Maybank.
Sebelum pergi ke mesin ATM Maybank, pastikan bawa 2 benda ini:
- Kad Debit Maybank.
- Buku Akaun Tabung Haji.
Tapi, kalau nak senang, snap aje gambar info akaun Tabung Haji dari buku tue, tak perlu lah susah payah bawa buku fizikal. Sebabnya, yang penting wajib tahu nombor akaun TH dan nombor siri buku TH.
Setibanya di depan mesin ATM Maybank, ikuti 8 langkah berikut:
- Masukkan kad debit Maybank (kad ATM).
- Pilih “Tabung Haji”.
- Pilih “Daftar Akaun Tabung Haji ke kad ATM”.
.
- Masukkan nombor akaun Tabung Haji.
- Pilih “YA” untuk ke skrin seterusnya.
- Masukkan nombor siri buku akaun Tabung Haji.
- Pilih “YA” untuk pengesahan.
- Sistem akan proses pendaftaran, dan keluarkan slip selepas proses berjaya.
Cara Daftar Akaun Tabung Haji Anak Ke Maybank2u Penjaga
Bagi yang mempunyai anak, dan ingin menghubungkan akaun Tabung Haji anak ke akaun Maybank2u sendiri, boleh gunakan cara yang sama juga.
- Masukkan kad debit Maybank (kad ATM).
- Pilih “Tabung Haji”.
- Pilih “Daftar Akaun Tabung Haji Anak ke kad ATM”.
- Masukkan nombor akaun Tabung Haji.
- Pilih “YA” untuk ke skrin seterusnya.
- Masukkan nombor siri buku akaun Tabung Haji.
- Pilih “YA” untuk ke skrin seterusnya.
- Masukkan nombor kad pengenalan anak.
- Pilih “YA” untuk pengesahan.
- Sistem akan proses pendaftaran, dan keluarkan slip selepas proses berjaya.
Bezanya ialah, di langkah ke-3, pilih “Daftar Akaun Tabung Haji Anak ke kad ATM”. Dan, tambahan kepada langkah ke-4 dan ke-6 di atas, ada langkah ke-8 di mana anda perlu tahu nombor kad pengenalan anak.
Jadi, anda perlu bawa sekali MyKid anak sekiranya anda tak hafal nombor IC nya.
- Kad Debit Maybank.
- Buku Akaun Tabung Haji Anak.
- MyKid Anak.
Tapi, ini tak jadi masalah jika anda dah snap gamba info akaun pada buku Tabung Haji si anak tue.
Peringatan: Akaun Tabung Haji anak hanya boleh dihubungkan ke akaun Maybank2u penjaga yang mendaftarnya sahaja. Contohnya, masa buka akaun TH anak dulu, penjaga di daftarkan atas nama suami. Maka, hanya boleh daftar akaun Tabung Haji anak ke akaun Maybank2u suami.
Tak boleh hubungkan ke akaun Maybank2u isteri. Begitu jugalah vice versa.
Buat Transaksi Akaun Tabung Haji di M2U
Dah berjaya daftar akaun Tabung Haji ke Maybank2u?
Alhamdulillah, tahniah! Anda boleh login Maybank2u sekarang juga untuk terus akses ke akaun Tabung Haji Online. Dah boleh buat macam-macam transaksi akaun Tabung Haji secara online juga.
Nak tengok balance akaun, nak tambah duit simpanan, nak keluarkan duit simpanan ke akaun Maybank (lepas tue withdraw lah dari mesin ATM Maybank), nak transfer duit ke sana sini pun boleh.
Tapi, berhati-hati tau. Takut lagi banyak yang keluar, daripada yang disimpan pula nanti. Gunakan kemudahan teknologi ini untuk cepat-cepat tunaikan Umrah dan Haji. Insya Allah..
Bagi yang dah daftar Haji pula, jangan lupa untuk kekalkan minima RM1,300 dalam akaun TH.
Tiada RM1300, Ini Cara Daftar Haji Tanpa Deposit Tunai
Moga kita dijemput Allah untuk tunaikan ibadah Haji dalam keadaan masih sihat bertenaga.